بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
أقسام الكلام
..Pembahagian Kalam..
Berkata al Imam al Sonhaji;
وأقسامه ثلاثة : اسم وفعل وحرف جاء لمعنى
Kalam terbahagi kepada 3 iaitu
- Isim
- Feel
- Huruf yang mempunyai makna.
1. Isim, tanda- tandanya;
فَالإسْمُ يُعْرَفُ بالخفضِ وَالتّنْوِينِ وَدُخُولِ اَلألِفِ وَاللاّمِ وَحُرُوفِ اَلْخَفْضِ وَهِيَ مِنْ وَإِلَى وَعَنْ وَعَلَى وَفِي وَرُبَّ وَالْبَاءُ وَالْكَافُ وَاللاَّمُ وَحُرُوفُ القََسَمِ وَهِيَ: اَلْوَاوُ وَاْلبَاءُ وَالتَّاءُ
Tanda tanda isim ada 5 seperti yang disebut oleh al Sonhaji
1. Khafadh (baris bawah )
Iaitu dengan penambahan huruf Jar atau dengan pembentukan mudhaf ilaih.
Contohnya جلدُ النمرِِ
2. Tanwin
Contohnya : نام زيدٌ/ رأيت زيداً/ مررت بزيدٍ
3. Kemasukan alif lam
Contohnya : المدرسة / البيت
4. Kemasukan Huruf (Khafadh) Jar
Huruf Jar ialah;
مِنْ/ وَإِلَى/ وَعَنْ/ وَعَلَى/ وَفِي /وَرُبَّ/ وَالْبَاءُ/ وَالْكَافُ/ وَاللاَّمُ
Contohnya : ذهب زيد إلى المدرسة
5. Kemasukan Huruf Qasam
Huruf Qasam ialah;
اَلْوَاوُ/ وَاْلبَاءُ/ وَالتَّاءُ
Contohnya : والله إن القرآن كلام الله
Oleh itu, apa-apa perkataan yang memounyai unsur-unsur di atas ialah isim.
2. Feel, tanda-tandanya;
وَالْفِعْلُ يُعْرَفُ بِقَدْ وَالسِّيْنِ وَسَوْفَ وَتَاءِ التَّأْنِيْثِ السَاكِنَةِ
Feel pula dikenali dengan kemasukan;
1.Huruf قَد
Contohnya قد قامت الصلاة
2.Huruf س
Contohnya سأذهب إلى الفصل
3.Huruf سَوْفَ
Contohnya سوف أذهب إلى الفصل
4.Huruf َتَاءِ التَّأْنِيْثِ السَاكِنَةِ
Contohnya زينب ذهبتْ إلى الفصل
3. Huruf.
وَالحَرْفُ مَا لاَ يَصْلُحُ مَعَهُ دَلِيْلُ اْلإِسْمِ وَلاَ دَلِيْلُ الْفِعْلِ.
Maknanya : yang membezakan huruf daripada isim dan feel dan ialah ia tidak menerima apa-apa alamat isim atau feel. engan erti kata lain, jika ia tidak mempunyai tanda-tanda isim atau tanda-tanda feel
maka kalimah itu ialah isim.
Contohnya : هل\ في\ لم, yang tidak menerima apa-apa alamat isim atau feel.Kerana huruf هل misalnya, tidak mungkin dimasuki huruf jar yang merupakan alamat isim ataupun huruf سَوْفَ yang merupakan alamat feel. Maka alamatnya : tidak menerima tanda-tanda isim atau tanda-tanda feel.
Secara ringkasnya marilah kita sama-sama melihat jadual dibawah ini;
Sila klik;
ujang-kalam
Secara ringkasnya marilah kita sama-sama melihat jadual dibawah ini;
Sila klik;
ujang-kalam
والله أعلم بالصواب
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
0 ulasan:
Catat Ulasan