Memaparkan catatan dengan label Nahu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nahu. Papar semua catatan
Selasa, 19 April 2011
Rabu, 18 Ogos 2010
Bab al Af'aal 2: al Nawasib
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى اله على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم
وصلى اله على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم
Huruf/ Isim yang membaris ataskan feel-feel:
Bab Afaaal2-Bab Nawasib
Sila klik ini untuk muat turun fail:
Bab al Afaal 2: al Nawasib
والله أعلم بالصواب
Label:
Mukaddimah,
Nahu
Selasa, 17 Ogos 2010
Alamat Jazam
بسم الله الرحمن الرحيم
Label:
Mukaddimah,
Nahu
Sabtu, 17 Julai 2010
Alamat Nasab 1
Muqaddimah…
Nota:
Alamat Nasab No1 Ujang
Untuk download sila klik:
Alamat Nasab
Pada entri lepas, kita telah tamat membincangkan alamat Rafa’ dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. kali ini kita akan mengikuti bahagian kedua dalam tajuk alamat-alamat I’rab iaitu al Nasab. Amma ba’du..
Nota:
Alamat Nasab No1 Ujang
Untuk download sila klik:
Alamat Nasab
Label:
Mukaddimah,
Nahu
Khamis, 8 Julai 2010
Alamat Rafa' 3: al Alif
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
ALAMAT RAFA' KETIGA: AL ALIF
Microsoft Word - Alamat Rafa' 3-Alif Edit Balik
Sila klik ini untuk muat turun nota:
Alamat Rafa ketiga: al Alif
Sila klik ini untuk muat turun nota:
Alamat Rafa ketiga: al Alif
Label:
Mukaddimah,
Nahu
Alamat Rafa' 2: al Wau
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
TANDA RAFA' KEDUA: WAW
...............................
Microsoft Word - Alamat Rafa' 2 Waw
Sila klik ini untuk muat turun nota:
Label:
Mukaddimah,
Nahu
Sabtu, 26 Jun 2010
Alamat Rafa' (1)
Muqaddimah...
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن واله
Assalamualaikum kepada semua....
Mula-mula saya harus memohon maaf kepada semua, atas kelewatan saya memberbaharui post baru saya. Baru-baru ini banyak perkara dan halangan telah datang, tetapi alhamdulillah semua sudah kembali seperti sedia kala. In Sya Allah untuk minggu-minggu yang akan datang ini, blog ini akan terus diperbaharui, untuk merealisasikan method utamanya: 'bersama-sama belajar Arab.' Maaf sekali lagi. Wassalam.
ujang1230
......................................
Mulai post ini kita akan bersama-sama memahami perlahan-lahan bab baru, iaitu tanda-tanda (alamat) i'rab. Saya akan mulakan perbahasan kali ini dengan alamat i'rab pertama iaitu rafa' (baris hadapan).
Label:
Mukaddimah,
Nahu
Jumaat, 7 Mei 2010
Isnin, 3 Mei 2010
Alamat-alamat Isim
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
Kali ini saya akan menyambung perbicaraan nahu dengan menerangkan serba sedikit alamat isim beserta contoh-contohnya. Moga-moga kita akan mendapat manfaat bersama.
Ujang - Alamat-Alamat Isim
atau Sila klik url ini;
ujang-Tanda2 Isim
syukran jazilan : )
Jumaat, 30 April 2010
Pembahagian al Kalam
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
أقسام الكلام
..Pembahagian Kalam..
Berkata al Imam al Sonhaji;
وأقسامه ثلاثة : اسم وفعل وحرف جاء لمعنى
Kalam terbahagi kepada 3 iaitu
- Isim
- Feel
- Huruf yang mempunyai makna.
1. Isim, tanda- tandanya;
فَالإسْمُ يُعْرَفُ بالخفضِ وَالتّنْوِينِ وَدُخُولِ اَلألِفِ وَاللاّمِ وَحُرُوفِ اَلْخَفْضِ وَهِيَ مِنْ وَإِلَى وَعَنْ وَعَلَى وَفِي وَرُبَّ وَالْبَاءُ وَالْكَافُ وَاللاَّمُ وَحُرُوفُ القََسَمِ وَهِيَ: اَلْوَاوُ وَاْلبَاءُ وَالتَّاءُ
Tanda tanda isim ada 5 seperti yang disebut oleh al Sonhaji
1. Khafadh (baris bawah )
Iaitu dengan penambahan huruf Jar atau dengan pembentukan mudhaf ilaih.
Contohnya جلدُ النمرِِ
2. Tanwin
Contohnya : نام زيدٌ/ رأيت زيداً/ مررت بزيدٍ
3. Kemasukan alif lam
Contohnya : المدرسة / البيت
4. Kemasukan Huruf (Khafadh) Jar
Huruf Jar ialah;
مِنْ/ وَإِلَى/ وَعَنْ/ وَعَلَى/ وَفِي /وَرُبَّ/ وَالْبَاءُ/ وَالْكَافُ/ وَاللاَّمُ
Contohnya : ذهب زيد إلى المدرسة
5. Kemasukan Huruf Qasam
Huruf Qasam ialah;
اَلْوَاوُ/ وَاْلبَاءُ/ وَالتَّاءُ
Contohnya : والله إن القرآن كلام الله
Oleh itu, apa-apa perkataan yang memounyai unsur-unsur di atas ialah isim.
2. Feel, tanda-tandanya;
وَالْفِعْلُ يُعْرَفُ بِقَدْ وَالسِّيْنِ وَسَوْفَ وَتَاءِ التَّأْنِيْثِ السَاكِنَةِ
Feel pula dikenali dengan kemasukan;
1.Huruf قَد
Contohnya قد قامت الصلاة
2.Huruf س
Contohnya سأذهب إلى الفصل
3.Huruf سَوْفَ
Contohnya سوف أذهب إلى الفصل
4.Huruf َتَاءِ التَّأْنِيْثِ السَاكِنَةِ
Contohnya زينب ذهبتْ إلى الفصل
3. Huruf.
وَالحَرْفُ مَا لاَ يَصْلُحُ مَعَهُ دَلِيْلُ اْلإِسْمِ وَلاَ دَلِيْلُ الْفِعْلِ.
Maknanya : yang membezakan huruf daripada isim dan feel dan ialah ia tidak menerima apa-apa alamat isim atau feel. engan erti kata lain, jika ia tidak mempunyai tanda-tanda isim atau tanda-tanda feel
maka kalimah itu ialah isim.
Contohnya : هل\ في\ لم, yang tidak menerima apa-apa alamat isim atau feel.Kerana huruf هل misalnya, tidak mungkin dimasuki huruf jar yang merupakan alamat isim ataupun huruf سَوْفَ yang merupakan alamat feel. Maka alamatnya : tidak menerima tanda-tanda isim atau tanda-tanda feel.
Secara ringkasnya marilah kita sama-sama melihat jadual dibawah ini;
Sila klik;
ujang-kalam
Secara ringkasnya marilah kita sama-sama melihat jadual dibawah ini;
Sila klik;
ujang-kalam
والله أعلم بالصواب
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
Makna al Kalam
بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله وسلم
وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله وسلم
معنى الكلام
Maksud al Kalam (Perkataan)
Maksud al Kalam (Perkataan)
Hari ini kita mulakan perbicaraan nahu dengan tajuk maksud al Kalam (Perkataan) di dalam tatabahasa bahasa Arab. Berkata Imam al Sonhaji di dalam al Ajrumiahnya;
الكلام هو اللفظ المركب المفيد بالوضع
Al Kalam itu ialah :
1) Lafaz
2) yang tersusun dari dua perkataan atau lebih,
3) memberi faedah
4) dan haruslah dilafazkan dengan sengaja.
Dalam menerangkan lebih lanjut Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, pengarang Mukhtasar Jiddan telah berkata;
Lafaz pula ialah suara atau bunyi yang terhimpun daripada beberapa huruf hijaiyyah. Contohnya zaid (زيد) kerana ia terdiri daripada huruf zal ya dan dal. Jika ia tidak terhimpun daripada huruf-huruf hijaiyyah seperti bunyi kompang maka ia tidak dinamakan lafaz. Begitu juga jika ia memberi faedah tetapi tidak dilafazkan dengan lidah seperti isyarat, tulisan, perjanjian dan nasab maka ia tidak dinamakan lafaz.
Al-Murakkab ialah suatu ayat yang dibentuk daripada dua perkataan atau lebih. Contohnya :
قام زيد
زيد قائم
زيد قائم
Terkeluar daripada syarat al-murakkab iaitu kalimah mufrad (bilangan satu) yang tidak disertakan bersamanya sesuatu. Misalnya kalimah زيد semata-mata, maka ia tidak dikira al-kalam disisi ulama Nahu.
Al-mufid ialah perkataan yang memberi berfaedah kepada yang berkata-kata dan pendengar hingga kedua-duanya tidak berhajat kepada sesuatu penerangan selepas mendengarnya. Contohnya قام زيد dan زيد قائم. Kerana kedua-dua ayat ini memberitahu tentang sesuatu fakta iaitu berdirinya Zaid, yang mana tidak memerlukan apa-apa penerangan kerana ianya difahami dengan jelas. Pendengar pula jika mendengar fakta itu tidak perlu menunggu apa-apa penerangan, kerana ayat telah jelas dan sempurna. Begitu juga dengan yang berkata-kata.
Dan terkeluar dari syarat al-mufid: ayat yang murakkab tetapi tidak memberi faedah. Seperti غلام زيد tanpa disandarkan pada sesuatu khabar dan kalimah وإن قام زيد tanpa disebutkan jawab syaratnya, kerana faedah penceritaan khabar hanya akan terhasil dengan jawab syarat. Maka tidak dikira kedua-dua daripada misal di atas sebagai Kalam disisi ulama’ nahu.
Adapun al-wadhi’e (الوضع) ditafsir sebagai qasad, iaitu sengaja. Maka terkeluarlah daripada skop al-wadhi’e perkataan yang ditutur tanpa sengaja seperti kalam orang yang tidur dan mabuk. Sebahagian ulama’ menafsirkannya pula sebagai bahasa Arab maka bahasa-bahasa a’jam (bukan Arab) yang lain seperti Turki dan Barbar tidak dikira sebagai kalam disisi ulama’ nahu.
Contoh ayat yang terkumpul padanya keempat-empat unsur kalam yang sempurna ialah: قام زيد dan زيد قائم . Contoh yang pertama ialah feel dan fael dan contoh yang kedua ialah mubtada’ dan khabar sera kedua-duanya ialah lafaz yang terhimpun, memberi faedah dan mempunyai wadhi’e.
والله أعلم بالصواب
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم
komen dan pandangan...
Mengenai Saya
- ujang
- Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan







