wangikan mulutmu dengan selawat dan salam ke atas Rasulullah..

wangikan mulutmu dengan selawat dan salam ke atas Rasulullah..

Pages

Jumaat, 24 Disember 2010

Ringkasan Al Khabar

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا ونبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Ringkasan al Khabar (BARU)                                                            

DOWNLOAD:


وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله وسلم


Rabu, 8 Disember 2010

al Khabar 1

بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم صلي وسلم وبارك على سيدنا محمد النور المذهب للنسيان بنوره وعلى آله
 في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله
 al-khabar 1                                                                   

Muat Turun:

Jumaat, 27 Ogos 2010

Contoh-contoh al Mubtada'

بسم الله الرحمن الرحيم

cth mabda'                                                            
Sila klik, untuk muat turun fail:
Contoh-contoh Mubtada'

3-al Mubtada'

بسم الله الرحمن الرحيم

al Mubtada'                                                            
Sila klik untuk download nota

3-Mubtada'

Contoh-contoh Naib Fael


بسم الله الرحمن الرحيم


Contoh-contoh Naib Fael                                                            

Klik di sini untuk muat turun fail:

Contoh Naib Fael

Naib Fael

بسم الله الرحمن الرحيم

2- Naib Fael                                                            

Klik di sini untuk proses muat turun:

Contoh-contoh Fael

بسم الله الرحمن الرحيم


Contoh-contoh Fael
                                                             


Klik disini untuk muat turun:
Contoh-contoh Fael

Ahad, 22 Ogos 2010

Bab al Fael



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله  والصلاو والسلام على سيدنا محمد رسول الله وعلى آله وصحبه ومن واله

- 1-FAEL                                                            


Sila klik disini untuk proses muat turun:)

Sabtu, 21 Ogos 2010

al Marfu'at

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم



Klik untuk muat turun fail:

Rabu, 18 Ogos 2010

Bab al Af'aal 2: al Nawasib

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى اله على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم


Huruf/ Isim yang membaris ataskan feel-feel:

Bab Afaaal2-Bab Nawasib

Sila klik ini untuk muat turun fail:
Bab al Afaal 2: al Nawasib

والله أعلم بالصواب

Bab al Af'aal (Feel-feel)

بسم الله الرحمن الرحيم
Bab Al Afaal 1


Sila klik untuk download fail:

Bab al Afaal

Selasa, 17 Ogos 2010

Alamat Jazam

بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى اله على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم


Alamat Jazam


Klik sini untuk muat turun fail:

Alamat Jar

بسم الله الرحمن الرحيم


Sila klik ini untuk download:

Alamat Jar

Sabtu, 17 Julai 2010

Alamat Nasab 2

بسم الله الرحمن الرحيم


Nota:

Alamat Nasab Kedua
 

Untuk muat turun sila klik:

Alamat Nasab 2

Alamat Nasab 1

Muqaddimah

            Pada entri lepas, kita telah tamat membincangkan alamat Rafa’ dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. kali ini kita akan mengikuti bahagian kedua dalam tajuk alamat-alamat I’rab iaitu al Nasab. Amma ba’du..

Nota:

Alamat Nasab No1 Ujang


Untuk download sila klik:

Alamat Nasab

Khamis, 8 Julai 2010

Alamat Rafa' 4: al Nun

بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى اله على سيدنا محمد النبي الأمي وعلى آله وسلم

.......... 


ALAMAT RAFA' KEEMPAT: NUN



Sila klik ini untuk muat turun nota:

Alamat Rafa' 3: al Alif

بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

ALAMAT RAFA' KETIGA: AL ALIF

Alamat Rafa' 2: al Wau

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم 

TANDA RAFA' KEDUA: WAW


...............................


Microsoft Word - Alamat Rafa' 2 Waw


Sila klik ini untuk muat turun nota:

Sabtu, 26 Jun 2010

Alamat Rafa' (1)

Muqaddimah...
 بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن واله



Assalamualaikum kepada semua....

                  Mula-mula saya harus memohon maaf kepada semua, atas kelewatan saya memberbaharui post baru saya. Baru-baru ini banyak perkara dan halangan telah datang, tetapi alhamdulillah semua sudah kembali seperti sedia kala. In Sya Allah untuk minggu-minggu yang akan datang ini, blog ini akan terus diperbaharui, untuk merealisasikan method utamanya: 'bersama-sama belajar Arab.' Maaf sekali lagi. Wassalam.   
ujang1230

......................................

                 Mulai post ini kita akan bersama-sama memahami perlahan-lahan bab baru, iaitu tanda-tanda (alamat) i'rab. Saya akan mulakan perbahasan kali ini dengan alamat i'rab pertama iaitu rafa' (baris hadapan).

1) Klik ini untuk download:
ujang-Alamat Rafa' 1


2) Atau di sini untuk bacaan:
 

Rabu, 12 Mei 2010

Bab al I'rab


Ujang- I'Rab                                                            

Jumaat, 7 Mei 2010

Alamat-alamat Feel dan Huruf



Ujang-Tanda Feel Dan Huruf

Isnin, 3 Mei 2010

Alamat-alamat Isim

بسم الله الرحمن الرحيم
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم 

               Kali ini saya akan menyambung perbicaraan nahu dengan menerangkan serba sedikit alamat isim beserta contoh-contohnya. Moga-moga kita akan mendapat manfaat bersama.



Ujang - Alamat-Alamat Isim


atau  Sila klik url ini;


ujang-Tanda2 Isim


syukran jazilan    : )




Jumaat, 30 April 2010

Pembahagian al Kalam

بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

أقسام الكلام
..Pembahagian Kalam..

Berkata  al Imam al Sonhaji;
وأقسامه ثلاثة : اسم وفعل وحرف جاء لمعنى

Kalam terbahagi kepada 3 iaitu 
  1. Isim 
  2. Feel 
  3. Huruf yang mempunyai makna.
1.  Isim, tanda- tandanya;  


فَالإسْمُ يُعْرَفُ بالخفضِ وَالتّنْوِينِ وَدُخُولِ اَلألِفِ وَاللاّمِ وَحُرُوفِ اَلْخَفْضِ وَهِيَ مِنْ وَإِلَى وَعَنْ وَعَلَى وَفِي وَرُبَّ وَالْبَاءُ وَالْكَافُ وَاللاَّمُ  وَحُرُوفُ القََسَمِ وَهِيَ: اَلْوَاوُ وَاْلبَاءُ وَالتَّاءُ

Tanda tanda isim ada 5 seperti yang disebut oleh al Sonhaji

1. Khafadh (baris bawah )
Iaitu  dengan penambahan huruf Jar atau dengan pembentukan mudhaf ilaih.
Contohnya جلدُ النمرِِ

2. Tanwin
Contohnya :   نام زيدٌ/ رأيت زيداً/ مررت بزيدٍ

3. Kemasukan alif lam
Contohnya : المدرسة / البيت

4. Kemasukan Huruf (Khafadh) Jar
Huruf Jar ialah;
مِنْ/ وَإِلَى/ وَعَنْ/ وَعَلَى/ وَفِي /وَرُبَّ/ وَالْبَاءُ/ وَالْكَافُ/ وَاللاَّمُ

Contohnya : ذهب زيد إلى المدرسة

5. Kemasukan Huruf Qasam
Huruf Qasam ialah;
اَلْوَاوُ/ وَاْلبَاءُ/ وَالتَّاءُ

Contohnya : والله إن القرآن كلام الله

    Oleh itu, apa-apa perkataan yang memounyai unsur-unsur di atas ialah isim.

     2. Feel, tanda-tandanya;

    وَالْفِعْلُ يُعْرَفُ بِقَدْ وَالسِّيْنِ وَسَوْفَ وَتَاءِ التَّأْنِيْثِ السَاكِنَةِ

    Feel pula dikenali dengan kemasukan;
    1.Huruf قَد
    Contohnya قد قامت الصلاة   
    2.Huruf س
    Contohnya سأذهب إلى الفصل 

    3.Huruf سَوْفَ
    Contohnya سوف أذهب إلى الفصل 

    4.Huruf  َتَاءِ التَّأْنِيْثِ السَاكِنَةِ
    Contohnya زينب ذهبتْ إلى الفصل


    3. Huruf.
    وَالحَرْفُ مَا لاَ يَصْلُحُ مَعَهُ دَلِيْلُ اْلإِسْمِ وَلاَ دَلِيْلُ الْفِعْلِ.

             Maknanya  : yang membezakan  huruf daripada isim dan feel dan ialah  ia tidak menerima apa-apa alamat isim atau feel. engan erti kata lain, jika ia tidak mempunyai tanda-tanda isim atau tanda-tanda feel
    maka kalimah itu ialah isim. 

             Contohnya : هل\ في\ لم, yang tidak menerima apa-apa alamat isim atau feel.Kerana huruf هل misalnya, tidak mungkin dimasuki huruf jar yang merupakan alamat isim ataupun huruf سَوْفَ yang merupakan alamat feel.  Maka alamatnya : tidak menerima tanda-tanda isim atau tanda-tanda feel.

    Secara ringkasnya marilah kita sama-sama melihat jadual dibawah ini; 

    Sila klik;
    ujang-kalam

    والله أعلم بالصواب
    وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

     

    Makna al Kalam

    بسم الله الرحمن الرحيم
    وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله وسلم

    معنى الكلام
    Maksud al Kalam (Perkataan)


              Hari ini kita mulakan perbicaraan nahu dengan tajuk maksud al Kalam (Perkataan) di dalam tatabahasa bahasa Arab. Berkata Imam al Sonhaji di dalam al Ajrumiahnya;

    الكلام هو اللفظ المركب المفيد بالوضع

    Al Kalam itu ialah :

                      1)    Lafaz

                      2)    yang tersusun dari dua perkataan atau lebih,

                      3)     memberi faedah

                      4)    dan haruslah dilafazkan dengan sengaja.


              Dalam menerangkan lebih lanjut Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, pengarang Mukhtasar Jiddan  telah berkata;

              Lafaz pula ialah suara atau bunyi yang terhimpun daripada beberapa huruf hijaiyyah. Contohnya zaid (زيد) kerana ia terdiri daripada huruf zal ya dan dal. Jika ia tidak terhimpun daripada huruf-huruf hijaiyyah seperti bunyi kompang maka ia tidak dinamakan lafaz. Begitu juga  jika ia memberi faedah tetapi tidak dilafazkan dengan lidah seperti isyarat, tulisan, perjanjian dan nasab maka ia tidak dinamakan lafaz.

              Al-Murakkab ialah suatu ayat yang dibentuk daripada dua perkataan atau lebih. Contohnya :
    قام زيد
    زيد قائم

                Terkeluar daripada syarat al-murakkab iaitu kalimah mufrad (bilangan satu) yang tidak disertakan bersamanya sesuatu. Misalnya kalimah زيد   semata-mata, maka ia tidak dikira al-kalam disisi ulama Nahu.

                  Al-mufid ialah perkataan yang memberi berfaedah kepada yang berkata-kata dan pendengar hingga kedua-duanya tidak berhajat kepada sesuatu penerangan selepas mendengarnya. Contohnya  قام زيد   dan زيد قائم. Kerana kedua-dua ayat ini  memberitahu tentang sesuatu fakta iaitu  berdirinya Zaid, yang mana tidak memerlukan apa-apa penerangan kerana ianya difahami dengan jelas.  Pendengar pula jika mendengar fakta itu tidak perlu menunggu apa-apa penerangan, kerana ayat telah jelas dan sempurna. Begitu juga dengan yang berkata-kata.

               Dan terkeluar dari syarat al-mufid: ayat yang murakkab tetapi tidak memberi faedah. Seperti غلام زيد tanpa disandarkan pada sesuatu khabar dan kalimah وإن قام زيد    tanpa disebutkan jawab syaratnya, kerana faedah penceritaan khabar hanya akan terhasil dengan jawab syarat. Maka tidak dikira kedua-dua daripada misal di atas sebagai Kalam disisi ulama’ nahu.

              Adapun   al-wadhi’e (الوضع) ditafsir sebagai qasad, iaitu sengaja. Maka terkeluarlah daripada skop al-wadhi’e perkataan yang ditutur tanpa sengaja seperti kalam orang yang tidur dan mabuk.  Sebahagian ulama’ menafsirkannya pula sebagai bahasa Arab maka bahasa-bahasa a’jam (bukan Arab) yang lain seperti Turki dan Barbar tidak dikira sebagai   kalam disisi ulama’ nahu.

                 Contoh ayat yang terkumpul padanya keempat-empat unsur kalam yang sempurna ialah: قام زيد   dan زيد قائم . Contoh yang pertama ialah feel dan fael dan contoh yang kedua ialah mubtada’ dan khabar sera kedua-duanya ialah lafaz yang terhimpun, memberi faedah dan mempunyai wadhi’e.


    والله أعلم بالصواب
    وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم


    Isnin, 26 April 2010

    Kelebihan Belajar Bahasa Arab




    بسم الله الرحمن الرحيم 
    الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه وسلم 

              Suka saya memulakan perbincangan kita, dengan mengetengahkan beberapa hadith dan athar yang menunjukkan tentang kepentingan mendalami bahasa Al Quran ini. Diharap ia akan menjadi peniup semaagat untuk kita sama-sama dalam rangka untuk menpelajarinya perlahan-lahan . 

               Ketahuilah, bahawa bahawa ilmu bahasa arab itu amat luas, dan ia mempunyai   puluhan cabang-cabang ilmu yang mempunyai pengertian dan kepentingan tersendiri. Walaubagaimanapun, ilmu paling  penting dan asas dalam segenap ilmu tersebut ialah Nahu dan Sorof.  Oleh kerana peri pentingnya ilmu ini maka para ulama zaman berzaman telah mengingatkan anak-anak didiknya malah mewasiatkannya kepada ahlinya untuk menuntut kedua ilmu ini .


               Antaranya Imam Ibn al Wardi berkata di dalam Lamiahnya; 
    ''Percakapan itu menjadi indah dengan ilmu Nahu. Sesiapa yang tidak mengerti ilmu Nahu maka cederalah percakapannya''


               Berkata Imam al Baihaqi,  dari Syu'bah bahawa beliau berkata ;
    ''Jika seorang Muhaddith (pakar hadith)  tidak mengetahui Nahu, maka hanya seperti himar yang pada kepalanya uncang makanan tetapi tanpa gandum di dalamnya.''



              Dari Abi al Zanad dari bapanya, bahawa beliau berkata;
    '' Tidaklah menjadi zindiq orang di timur melainkan kerana jahil dengan kalam Arab.''


                 Dari Ibnu Mubarak, katanya  
    '' Seseorang tidak dapat menerima apa-apa ilmu selagi mana dia tidak menghiasi ilmunya dengan mempelajari bahasa Arab.''

                 Telah berkata Jalaluddin al Suyuti di dala Syarah Alfiyahnya, katanya;
    '' Telah bersepakat para ulama' bahawa Nahu amatlah diperlukan dan dikehendaki dalam (memahami) setiap disiplin ilmu terutama tafsir dan hadith. Hal ini kerana tidak boleh seseorang itu berkata-kata mengenai Kitabullah sehingga benar-benar mahir dengan Bahasa Arab, kerana Al Quran itu berbahasa Arab maka seseorang tidak mampu memahami maksudnya melainkan dengan mengetahui qawaid bahasa Arab.  Begitu jugalah dengan ilmu hadith.''    


                 Telah berkata Ibnu al Solah;
    ''Wajiblah ke atas Muhaddith agar tidak meriwayatkan hadith dengan bacaan  yang mempunyai lahan (yang telor)''



                 Dari Abi Daud berkata, saya mendengar al Asmai'e berkata
    ''Perkara yang paling aku takuti berlaku ke atas penuntut ilmu ialah apabila mereka tidak mengetahui Nahu, maka mereka akan termasuk dalam golongan yang disabdakan Nabi, 

    (( Sesiapa yang berbohong ke atasku secara sengaja maka sesungguhnya dia telah menyediakan  kerusinya di dalam neraka ))

    Hal ini kerana Rasulullah tidak meriwayatkan hadith dengan bahasa mempunyai lahan. Maka apabila seseorang itu meriwayatkan sesuatu hadith lalu dia berlahan , maka  dia telah melakukan pendustaan ke atas Rasulullah.''



                    Saya sudahi kalam dengan kelebihan ilmu sorof oleh Al Adib Al Allamah Syeikh Ahmad ibn Muhammad Zain al Fathani ;

    wahai sahabatku, jika kamu mengkehendaki kemegahan dan ketinggian, dan tinggal dalam susana yang seronok dan bahagia di dunia dan akhirat,

    maka rebutlah waktumu dengan bersungguh-sungguh menuntut ilmu, dan jadikan ilmu sorof itu ilmu pertama yang kamu dalami,

    sesungguhnya sorof jika dibandingkan dengan ilmu yang lain umpama ibu mereka, dan ia bak purnama disisi bintang-bintang yang berkelipan,

    dan ia umpama lautan, sesiapa yang menyelaminya akan berjaya mendapati mutiara perbendaharaan kata rumit  yang pasti  amat tinggi nilainya.

    وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وسلم والحمد لله رب العالمين  


     
     


    Ahad, 25 April 2010

    -ahlan wasahlan- Salam Perkenalan


    ahlan wa marhaban!




    بسم الله الرحمن الرحيم
    الحمد لله رب العالمين وبه نستعين على أمور الدنيا والدين
    والصلاة والسلام على أشرف المرسلين المبعوث رحمة للعالمين
    وعلى آله الطيبين الطاهرين، أما بعد

              Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada rakan-rakan pembaca yang dihormati sekelian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan  seribu kemaafan kerana kelewatan saya mengeluarkan post dalam blog yang agak sudah  lama saya asaskan ini.


              Seperti blog lama saya ‘www.lautanahlisunnahwaljamaah.blogspot.com ’ serta laman web lain yang mempunyai hadaf atau hala tuju tersendiri, blog ini juga mempunyai matlamatnya yang  jelas iaitu untuk cuba memudahkan para pembaca dalam memahami pembelajaran bahasa Arab secara amnya.
               Walaupun begitu, saya alhaqir  penulis hakikatnya bukanlah orang yang benar-benar berkeahlian dalam majal atau ruang lingkup ilmu yang mulia ini. Akan tetapi saya sekadar mengikut sabda Rasulullah ;
    تَعَلَّمُوا العَرَبِيَّةَ وَعَلِّمُوهَا النَّاسَ
    ‘‘ Belajarlah Bahasa Arab, kemudian ajarikanlah ia kepada manusia’’

    Moga-moga usaha ini memberi manfaat bagi bagi saya khasnya dan pembaca sekelian, amin.



    وصلى الله على خير خلقه سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

    komen dan pandangan...

    Mengenai Saya

    Foto saya
    Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan

    islamic song by mikaeel