wangikan mulutmu dengan selawat dan salam ke atas Rasulullah..

wangikan mulutmu dengan selawat dan salam ke atas Rasulullah..

Jumaat, 30 April 2010

Pembahagian al Kalam

بسم الله الرحمن الرحيم 
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

أقسام الكلام
..Pembahagian Kalam..

Berkata  al Imam al Sonhaji;
وأقسامه ثلاثة : اسم وفعل وحرف جاء لمعنى

Kalam terbahagi kepada 3 iaitu 
  1. Isim 
  2. Feel 
  3. Huruf yang mempunyai makna.
1.  Isim, tanda- tandanya;  


فَالإسْمُ يُعْرَفُ بالخفضِ وَالتّنْوِينِ وَدُخُولِ اَلألِفِ وَاللاّمِ وَحُرُوفِ اَلْخَفْضِ وَهِيَ مِنْ وَإِلَى وَعَنْ وَعَلَى وَفِي وَرُبَّ وَالْبَاءُ وَالْكَافُ وَاللاَّمُ  وَحُرُوفُ القََسَمِ وَهِيَ: اَلْوَاوُ وَاْلبَاءُ وَالتَّاءُ

Tanda tanda isim ada 5 seperti yang disebut oleh al Sonhaji

1. Khafadh (baris bawah )
Iaitu  dengan penambahan huruf Jar atau dengan pembentukan mudhaf ilaih.
Contohnya جلدُ النمرِِ

2. Tanwin
Contohnya :   نام زيدٌ/ رأيت زيداً/ مررت بزيدٍ

3. Kemasukan alif lam
Contohnya : المدرسة / البيت

4. Kemasukan Huruf (Khafadh) Jar
Huruf Jar ialah;
مِنْ/ وَإِلَى/ وَعَنْ/ وَعَلَى/ وَفِي /وَرُبَّ/ وَالْبَاءُ/ وَالْكَافُ/ وَاللاَّمُ

Contohnya : ذهب زيد إلى المدرسة

5. Kemasukan Huruf Qasam
Huruf Qasam ialah;
اَلْوَاوُ/ وَاْلبَاءُ/ وَالتَّاءُ

Contohnya : والله إن القرآن كلام الله

    Oleh itu, apa-apa perkataan yang memounyai unsur-unsur di atas ialah isim.

     2. Feel, tanda-tandanya;

    وَالْفِعْلُ يُعْرَفُ بِقَدْ وَالسِّيْنِ وَسَوْفَ وَتَاءِ التَّأْنِيْثِ السَاكِنَةِ

    Feel pula dikenali dengan kemasukan;
    1.Huruf قَد
    Contohnya قد قامت الصلاة   
    2.Huruf س
    Contohnya سأذهب إلى الفصل 

    3.Huruf سَوْفَ
    Contohnya سوف أذهب إلى الفصل 

    4.Huruf  َتَاءِ التَّأْنِيْثِ السَاكِنَةِ
    Contohnya زينب ذهبتْ إلى الفصل


    3. Huruf.
    وَالحَرْفُ مَا لاَ يَصْلُحُ مَعَهُ دَلِيْلُ اْلإِسْمِ وَلاَ دَلِيْلُ الْفِعْلِ.

             Maknanya  : yang membezakan  huruf daripada isim dan feel dan ialah  ia tidak menerima apa-apa alamat isim atau feel. engan erti kata lain, jika ia tidak mempunyai tanda-tanda isim atau tanda-tanda feel
    maka kalimah itu ialah isim. 

             Contohnya : هل\ في\ لم, yang tidak menerima apa-apa alamat isim atau feel.Kerana huruf هل misalnya, tidak mungkin dimasuki huruf jar yang merupakan alamat isim ataupun huruf سَوْفَ yang merupakan alamat feel.  Maka alamatnya : tidak menerima tanda-tanda isim atau tanda-tanda feel.

    Secara ringkasnya marilah kita sama-sama melihat jadual dibawah ini; 

    Sila klik;
    ujang-kalam

    والله أعلم بالصواب
    وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وسلم

     

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

    komen dan pandangan...

    Mengenai Saya

    Foto saya
    Aku hanya hamba kepada Tuhannya, Khadim yang berusaha untuk menyububurkan benih aqidah yang benar sejajar dengan perlembagaan Ahli Sunnah wal Jamaah. Guru bahasa Arab di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau Negeri Sembilan

    islamic song by mikaeel